Assalamualaikum.. Sebagai pengenalan bagi Madah Kongsi ini, Perro ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang ringan mata, ringan jari dan ringan minda untuk menjeguk ke blog ini..
Pangkal alasan blog ini dicipta adalah untuk mendedahkan cerita-cerita yang bermain-main dalam pemikiran si Perro. Mungkin ada daripada cerita-cerita yang terkandung dalam blog ini tidak begitu penting atau menarik untuk dikongsi.. Namun ia terpulang kepada mereka yang mungkin mampu menggali dalam nilai-nilai sentimental dan sensetiviti daripada setiap entri dalm blog ini.
Perro yakin ramai diantara kita sekarang ini berada di puncak kerana mereka bermula dengan angan-angan.. Perro suka berangan.. Perro gemar meramal.. Meramal dan menilai.. Oleh itu, untuk berkongsi apa yang diangankan, apa yang dinilaikan dan apa yang difikirkan, Perro zahirkan dalam Madah Kongsi ini.. Mungkin dengan bercerita lisan dan lakonan kita tidak mampu menggambarkan pemikiran dan rasa seseorang. Maka Perro memutuskan untuk melaungkan segala rasa dan permainan minda melalui Madah Kongsi.. Sekiranya dalam hati anda ingin mengkritik, samada positif mahupun negatif, Perro sangatlah menghargai dan mengalu-alukan.. Sekian..
SALAM..
Hati berbicara..tak bersuara..
No comments:
Post a Comment